Tips Berguna


Kenapa Perfume Sama Tapi Baunya berbeza
Ada kes, customer beli perfume jenis yang sama. Kedua-duanya original. Tapi bila spray, baunya macam berbeza, dan tak sama.”

 “Ada juga kes, beli perfume original, dengan harapan tahan lama lebih 8 jam pada kulit dan lebih 8 jam pada baju. Masa test spray tester pada baju, memang tahan lama.
 
Kes sebegini sememangnya berlaku. Perfume original tapi bau tak sama. Perfume original tapi tak tahan lama seperti yang diwar2 kan..

 Kenapa jadi macam ni? Jawapnnya sebab molekul2 perfume yg terdiri daripada air, alkohol dan pati perfume tu tak tercerai berai, tak sebati. Semasa dikilangkan, semua molekul ni sebati. Tapi selepas terdedah kepada suhu, molekul ni bercerai-berai dan menyebabkan air paling atas, pati paling bawah.. sebab pati lebih berat kan.. So bila spray pada kulit or baju, memang spray air lah kan??

Ok, bab molekul separate ni memang kita tak dapat nak buat apa lah sebab ia memang akan terjadi. Jadi cara nak bagi molekul2 ni sebati dan bercampur semula ialah dengan recharge balik perfume yang dibeli. Recharge ialah proses mensebatikan semula molekul2 yang bercerai2 di dalam botol.

 Cara nak recharge :
·                     Tindakan pertama selepas membeli perfume ialah jangan sekali2 spray dulu.

·                     Apa yang perlu dibuat ialah letak perfume dalam peti sejuk pintu bawah (bukan freezer) selama 3 hari 3 malam. Biar suhu sejuk tu mensebatikan semula molekul2 yang terpecah

·                     Selepas 3 hari 3 malam, baru boleh spray pada body.

 Kenapa mesti 3 hari? Sebab itu lah masa terbaik yang mampu diambil oleh perfume untuk memulihkan dirinya semula spt keadaan asal.

 Satu lagi, kenapa mesti letak dalam peti sejuk? Sebabnya suhu panas menceraikan molekul perfume, sebaliknya suhu sejuk mensebatikan semula molekul tersebut.
 
Sumber blog Drnurulhuda


Personaliti dan Wangian

Personaliti Feminin

Jenis Haruman : Bunga-bungaan

Haruman yang di ekstrak dari bunga melambangkan kelembutan dan sifat merendah diri seseorang. Disesuaikan gaya keseluruhan dengan motif bunga.


Personaliti Elegan

Jenis Haruman : Akuatik

Seorang wanita yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya. Bersemangat dalam apa jua yang dilakukan, intelektual dan bersahaja.


Personalti Sofistikated dan Chic
 
Jenis Haruman : Hijau

Haruman yang berbau segar, haruman jenis ini mempunyai bau yang tersendiri dan mampu menghilangkan stress.
 

Personaliti Klasik dan Berkeyakinan


Jenis Haruman : Sitrus
Wanita yang suka memakai wangian sitrus mempunyai seisi kecantikan yang klasik. Si pemakai haruman sitrus ini membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang tinggi


BEBERAPA  KATEGORI PERFUME DI PASARAN
 
Setakat pengetahuan yang saya baca dan google di internet terdapat 4 tahap kategori perfume iaitu:-
 
 1. PERFUME (PARFUM)
 
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.
 
2.  (EDP)
Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.
 
3. EAU DE TOILETTE (EDT)
 Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. 
 
4. COLOGNE
 
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain. Biasanya orang lelaki pakai lepas cukur jambang tu...


Tip-tip memilih minyak wangi ..
(sumber google fb jejaka kacak)
 
1. Kulit  Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.
 
2. Bau Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.
 
3. Bahan dan aromaMinyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.
 
4. Iklim dan musim
 Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.
 
 

No comments:

Followers